Segalanya milik Al-Khalid

Segalanya milik Al-Khalid

Tuesday, June 24, 2014

Jom berkenalan dengan "PROTEIN"!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah... Syukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hari yang indah ini.. Semua sihat-sihat je kan? ;-) Entri kali ni nak share tentang PROTEIN.. Hari-hari kita duk makan protein, tapi apa itu protein sebenarnya?? Adakah protein yang kita ambil itu benar-benar tinggi nilai kualitinya?? Dari mana kita boleh dapatkan sumber protein yang berkualiti? Jom,berkenalan dengan protein! Selamat Membaca! credit


APA ITU PROTEIN?

Memahami “apa itu protein” adalah perlu dalam memastikan protein yang kita ambil itu adalah benar-benar berkualiti. Memang lah semua makanan itu mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yang sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Itu belum diceritakan lagi nisbah protein dalam makanan, kerana rata-ratanya makanan-makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan proteinnya!
struktur protein
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.
Tanya diri anda kembali, adakah keropok lekor dan makanan mee segera itu mengandungi kesemua EAA yang diperlukan manusia? Jawapannya tentulah TIDAK. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempe, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

Seperkara lagi yang perlu anda ketahui ketika memilih protein, ialah indeks yang dikenali sebagai Biological Value” of protein (BV). Ia adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak (peratus) protein yang betul-betul diguna pakai oleh tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsi fisio seperti pertumbuhan, memperbaiki otot, menggantikan sel-sel kulit mati, dan sebagainya. BV sesebuah protein ditentukan berdasarkan sejauh mana sesebuah protein itu berjaya dicernakan berbanding sebiji telur. Telur digunakan sebagai pengukur dalam skala ini memandangkan telur mempunyai kadar pencernaan protein yang terbaik secara semulajadi (telur diberikan nilai ’100?).
Secara asasnya, protein yang mempunyai tinggi nilai BV haruslah diambil ketika kita sedang aktif, atau ketika transisi daripada pasif kepada aktif (sebelah siang, sebelum bersenam, selepas bersenam, dan ketika berbuka puasa), manakala protein yang mempunyai rendah nilai BV nya haruslah diambil ketika kita kurang aktif, seperti pada sebelah malam, sebelum tidur, ataupun ketika sahur.
Sekiranya kita mengambil protein yang rendah nilai BV nya ketika sedang aktif, kita mungkin tidak akan mendapat bekalan asid amino yang secukupnya. Dan sekiranya kita mengambil protein yang tinggi nilai BV nya ketika tidak aktif, sel kita mungkin mendapat bekalan asid amino yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Protein yang diambil secara berlebihan, sama juga seperti karbohidrat, akan ditukarkan kepada lemak badan apabila terjadinya kalori surplus (kalori yang diambil adalah melebihi kalori yang diperlukan badan dalam sehari). Maka dengan itu, amatlah penting untuk kita mengetahui waktu yang sesuai untuk mengambil satu-satu sumber protein.
Berikut adalah contoh BV untuk protein-protein yang mudah didapati di sekeliling kita:
  • Whey Protein Isolate: 159
  • Whey Protein Concentrate: 104
  • Telur: 100
  • Putih Telur (Albumin): 88
  • Susu Lembu: 88
  • Ikan: 83
  • Daging Lembu: 80
  • Ayam: 79
  • Casein Protein: 77
  • Soy Protein: 74
  • Kacang Tanah: 55
  • Kacang Soya: 47  
Haa.. Semua dah faham dah kan apa maksud protein, protein yang berkualiti, skala ukuran peratusan protein... 

Apa yang saya nak highlightkan kat sini ialah ape yang bestnya... produk Shaklee, iaitu Energizing Soy Protein (ESP) 

1) Merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid
    amino penting
 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

- Hasil daripada pembacaan kita tadi, protein yang berkualiti merupakan protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh
badan manusia tetapi amat penting untuk    kemandirian manusia. Jadi, ESP merupakan
salah satu sumber protein yang berkualiti iaitu yang memiliki 
Essential Amino
 Acids
 (EAA) ! Best tak?? ;-)

2) ESP juga mengandungi soy protein yang mana merupakan salah satu sumber protein
    yang 
mempunyai Biological Value of Protein (BV) yang tinggi iaitu nilai BV untuk
    soy protein ialah 74.

Skala ini juga boleh difahami sebagai sejauh mana effiesiennya (kepantasan) sesebuah protein tersebut masuk ke dalam darah manusia, dihantar ke serata tubuh melalui sistem peredaran darah, sekaligus digunakan oleh sel dalam tubuh badan untuk tujuan pertumbuhan. Jadi, bila nilai BV tinggi , makin effiesienlah kan? ;-)



Energizing Soy Protein (ESP)

Okey, sekarang semua dah jelas dh kan pasal protein? Dah tahu sikit sebanyak pasal ESP jugak kan? Alhamdulillah.. Sekarang, tinggal kita je nak pilih sumber protein yang mana paling berkualiti kan? Kalau saya, semestinya ESP Shaklee! Mengenyangkan! Memberi tenaga! Mencantikkan Kulit! Menyihatkan! ;-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Ingin mengetahui BEST PRICE untuk ESP?? Jauh lebih murah dan ini adalah harga promo ye! 

Boleh sms/ whatsapp ke 010 5706392

Saya akan guide cara makan set vitamin yang betul untuk semua customer yang purchase produk Shaklee dengan saya SAHAJA :) 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


No comments:

Post a Comment