Segalanya milik Al-Khalid

Segalanya milik Al-Khalid

Friday, May 23, 2014

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

'' Melangkahlah mengikut IMPIAN HIDUPMU''
Bismillahirahmanirrahim...

Setiap manusia mempunyai impian dalam kehidupan. Impian itu mesti indah-indah belaka kan?
''Aku nak rumah besar, nak pakai kereta mewah, nak ada bisnes sendiri''. Inilah antara impian-impian yang disuarakan oleh setiap individu. Tak kurang juga yang tanam hasrat nak suami soleh, isteri solehah dan zuriat keturunan yang baik kan?


Tidak salah sekiranya kita mempunyai impian. Bila adanya impian, itu menunjukkan kita mempunyai tujuan dalam hidup. Kita tahu apa yang ingin kita capai, apa yang ingin kita gapai dalam kehidupan yang sementara ini. Persoalannya adalah, MAMPUKAH KITA MENCAPAI APA YANG DIIMPIKAN sekiranya diri kita sendiri tidak berusaha untuk menggapainya? 

Impian kita, hanya diri kita yang mampu mencapainya. Bukan orang lain. Bukan juga family kita. Tapi, DIRI KITA SENDIRI. Kitalah yang perlu BERUSAHA UNTUK MENCAPAI impian itu supaya ianya tidak menjadi mimpi semata. Sekiranya kita inginkan pasangan hidup yang baik, kita terlebih dahulu yang perlu berusaha menjadi baik. Sekiranya kita mahukan rumah yang selesa, kita sendiri yang perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Apa yang KITA BERI, itulah yang akan KITA DAPAT. Manakan dapat buah anggur sekiranya kita menabur benih durian.

Jadi, kita perlu mengorak langkah demi meraih impian yang satu. Mulakan langkah pertama. Setiap kejayaan yang diraih akan membuahkan kejayaan-kejayaan yang lain pula. Sesiapa yang berusaha itu pasti akan mendapat hasilnya. Hasilnya pula bergantung kepada sekuat mana usaha kita. Jika kita hanya 'melepaskan batuk di tangga', maka hasilnya juga biasa-biasa saja. Yakinlah kepada Allah. Allah suka kepada hamba-hambaNya yang berusaha. 

Setiap penat lelah yang dikorbankan untuk mencapai kejayaan itu, pasti akan dibayar juga suatu hari nanti. YAKINLAH kepada DIA!